Berita

Askar maut Taliban serang wilayah Takhar, Afghanistan

- Diterbit 19 Ogos 2020 9:18 AM MYT

SEORANG askar terbunuh manakala seorang lagi diculik dalam satu serangan yang dilancarkan Taliban terhadap pasukan keselamatan di daerah Dasht-e-Qala di wilayah Takhar utara Afghanistan pada Rabu.

Jurucakap wilayah itu Mohammad Jawad Hajari berkata ketika kejadian kedua-dua askar berkenaan sedang membuat rondaan dekat pusat pemeriksaan keselamatan, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang enggan namanya disiarkan berkata, seorang askar menembak rakannya sebelum merampas senjata mangsa dan kemudian bergabung dengan pemberontak di kawasan itu.

Hajari bagaimanapun, menafikannya dan berkata siasatan sudah dibuat mengenai kejadian itu.

Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan Taliban berhubung insiden terbabit. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas