Berita

Argentina rekod kematian pertama akibat cacar monyet

- Diterbit 29 November 2022 5:24 AM MYT

ARGENTINA merekodkan kematian pertama akibat cacar monyet apabila seorang lelaki dewasa yang turut mempunyai masalah kesihatan lain meninggal dunia di sebuah hospital di sini, Kementerian Kesihatan mengumumkan pada Isnin.

Kementerian itu memaklumkan bahawa lelaki berusia 44 tahun itu “ditempatkan di unit rawatan rapi dengan menggunakan bantuan ventilator sejak 9 Okt”, serta terdapat faktor risiko HIV/AIDS, lapor Xinhua.

Setakat 22 Nov, negara Amerika Selatan itu telah merekodkan 895 kes cacar monyet, menyaksikan peningkatan mingguan sebanyak 3.46 peratus, menurut data rasmi.

Sementara itu, jangkitan direkodkan di 15 daripada 24 wilayah di negara ini sejak kes pertama dikesan pada 27 Mei, manakala purata umur kes membabitkan usia 10 hingga 78 tahun. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas