Berita

Antara MEERQEEN Dan HUN HAQEEM, Siapa Pilihan WANNA ALI?

||WANNA Ali digandingkan dengan Merqeen dan Hun Haqeem dalam drama bersiri Angkara Cinta|MERQEEN dan Hun Haqeem
- Diterbit 31 Oktober 2020 11:48 PM MYT

PELAKON muda popular Wanna Ali mengaku rasa bertuah digandingkan dengan dua lelaki kacak Meerqeen dan Hun Haqeem dalam drama bersiri terbaharunya, Angkara Cinta. 

Diapit oleh dua pelakon kacak idaman ramai wanita, tak ada ke timbul perasaan sayang di hati? 

WANNA Ali digandingkan dengan Meerqeen dan Hun Haqeem dalam drama bersiri Angkara Cinta

“Meerqeen baik. Hun  Haqeem pun nice orangnya. I love my both heroes. Mereka sangat memberi kerjasama yang baik dan menjaga saya di lokasi penggambaran.

“Terutamanya Hun, dah macam abang-abang (matang) walaupun baru berumur 22 tahun, lebih muda daripada saya. 

“Baik Meerqeen dan Hun, kedua-duanya teman artis dan tidak lebih daripada itu. Kalau nak tahu bagaimana gandingan kami bertiga, kenalah tonton Angkara Cinta ya,” katanya kepada Wilayahku.

MEERQEEN dan Hun Haqeem

Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali,23,  ini mengaku sudah putus cinta dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, seboleh-bolehnya mengelak daripada bercinta sesama artis.

“Saya sendiri kalau boleh tak mahu bercinta sesama artis sebab saya suka ada privasi.

“Kalau bercinta dengan artis ini, saya Takkan ada privasi. Ke mana saya pergi, pasti orang akan tanya pasal hubungan kami. 

“Apa yang berlaku di media sosial antara kami pun akan menjadi persoalan kepada orang luar. Pasti ada yang akan ambil tahu. 

“Jadi, kalau boleh saya tak mahu bercinta dengan artis. Saya dah block perasaan tu,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan gandingan hebat Wanna Ali, Huj Haqeem dan Meerqeen dalam drama bersiri Angkara Cinta, arahan Hadith Omar yang mula disiarkan pada 2 November ini, pada hari Isnin hingga Jumaat hanya di Astro Prima.

Sebelum ini Wanna popular menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa dan banyak drama lain seperti Abang Lori Ohsem, Seindah Tujuh Warna Pelangi, Gerak Khas dan banyak lagi.

Selain itu, anak kepada produser terkenal Datuk Normashayu Puteh ini juga aktif menyanyi. Antara lagu myajyiao adalah Lepaskan, Stop Kami, Tak Mengapa dan Jika Kau Benar. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas