Berita

Annuar sambut positif cadangan sidang Parlimen secara hibrid

- Diterbit 6 Jun 2021 12:27 AM MYT

CADANGAN untuk mengadakan sidang Parlimen secara hibrid disambut positif Tan Sri TPr Annuar Musa yang menyifatkannya sebagai pendekatan terbaik untuk memberi penjelasan secara teratur.

Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, selain mmembopehkan Menteri memberi penjelasan teratur berkenaan suatu perkara dan mendengar soalan tambahan.

“Saya secara peribadi menyambut baik langkah melaksanakan sidang Parlimen yang kini sedang dikaji untuk dibuat secara hibrid ia membolehkan
Menteri memberi penjelasan secara teratur dan mendengar soalan tambahan.

” Saya mengalukan pelaksanaan dan menyokong usaha ini asalkan persidangan tidak mengganggu proses ataupun keadaan proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang diPertuan Agong kerana keutamaan sekarang perangi Covid-19,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Program Saringan Bersasar RTK Antigen di, Perumahan Awam Seri Sabah, Bandar Tun Razak.

Annuar diiringi Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah turut melakukan tinjauan pelaksanaan program saringan idi PA. Seri Pulau Pinang sebagai pendekatan bagi mengenal pasti kekurangan dan penambahbaikan perlu.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Annuar memaklumkan, beliau dan Kementerian Wilayah Persekutuan dijangkakan membuat satu pengumuman minggu depan mengenai bantuan untuk kalangan penjaja dan peniaga kecil terjejas akibat penguatkuasaan total lockdown diumum Perdana Menteri, awal Jun lalu -WILAYAHKU -SYAHIDI BAKAR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas