Berita

Annuar pengerusi CMC Wilayah Persekutuan, seru warga kota duduk rumah

ANNUAR menjawab beberapa persolan yang dikemukakan di dalam saluran PERTIWI.
- Diterbit 13 Januari 2021 5:40 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa akan mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (CMC) bagi Wilayah Persekutuan yang akan diadakan setiap hari.

Menerusi ciapan di Twitter rasminya, Annuar mengarahkan semua ketua jabatan yang terlibat untuk hadir bersama dalam mesyuarat berkenaan yang diadakan secara atas talian.

“Insya-Allah, kita ambil langkah lebih proaktif untuk mengawal Wilayah Persekutuan daripada wabak. Mesyuarat secara VC (panggilan video),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kerjasama daripada seluruh warga kota supaya terus berada di rumah jika tidak mempunyai urusan penting.

Ini kerana, ujar beliau, trend penularan wabak COVID-19 sangat membimbangkan dan kawalan pererakan dapat membendungnya.

“Saya pohon kerjasama adik kakak, khususnya Warga Wilayah Persekutuan supaya terus tinggal di rumah. Usah keluar rumah kecuali atas perkara sangat perlu terutama kanak-kanak, orang tua dan yang uzur.

“Trend penularan adalah membimbangkan. Dengan kawalan pergerakan, wabak dapat dibendung,” tegasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas