Berita

Annuar Musa tiba di Labuan sempena lawatan kerja tiga hari

ANNUAR (kanan) beramah mesra dengan pemimpin tempatan yang menyambut ketibaan beliau di LTAL hari ini.
- Diterbit 7 Jun 2020 3:33 AM MYT

LABUAN – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa selamat tiba sempena lawatan kerja tiga hari beliau di pulau ini.

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Labuan sejak dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada Mac lalu.

Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan (LTAL) dari Kota Kinabalu, Sabah pagi ini disambut wakil-wakil penduduk tempatan.

Sempena lawatan tersebut, Annuar dijadual meninjau perkembangan Projek Jalan Pesisir Pantai Membedai – Tanjung Aru yang sebelum ini dilaporkan bakal siap sepenuhnya menjelang Disember ini.

Beliau juga akan meninjau projek naik taraf jalan di Kampung Patau-Patau 1 dan lawatan projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas