Annuar Musa dan delegasi selamat tiba di Labuan

Annuar Musa dan delegasi selamat tiba di Labuan

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa selamat tiba di Labuan sempena lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini.

Ia merupakan lawatan kerja beliau kali kedua ke pulau ini selepas mengadakan lawatan pertama beliau pada Jun lalu.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan (LTAL) dari Kuala Lumpur ( KUL) disambut oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman serta perwakilan penduduk tempatan.

Sempena lawatan tersebut, Annuar dijadualkan menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Sukan Labuan dan Sesi Townhall bersama kakitangan Perbadanan Labuan (PL).

Beliau juga turut dijangka turun padang untuk Program CSR@Wilayah di kampung Sg Bedaun. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

CATEGORIES