Berita

Annuar Musa bawa sinar baharu kepada gelandangan

TAN Sri Annuar Musa terus perjuangkan nasib gelandangan
- Diterbit 31 Disember 2020 6:39 AM MYT

ANTARA usaha Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr  Annuar sepanjang tahun 2020 yang pastinya akan dikenang sampai bila-bila adalah mengubah nasib golongan gelandangan.

Beliau memastikan setiap bantuan dan program sokongan kepada golongan gelandangan dibuat secara berkesan agar tiada yang kembali hidup sedemikian.

Annuar berkata, perkara itu merupakan antara fokus utama yang diusahakan kementerian agar tiada masyarakat yang menjadikan gelandangan sebagai budaya hidup.

“Mereka yang niat cari kerja di Kuala Lumpur, disyorkan datang terus ke Jabatan Tenaga Kerja atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dianggarkan hampir 1,000 peluang pekerjaan diwujudkan secara segera bagi mereka yang sedang mencari kerja,” katanya.

Bukan itu sahaja, malah Annuar  akan memastikan golongan gelandangan juga turut diberikan pelbagai latihan serta program pembangunan diri agar berjaya keluar dari kehidupan ‘lama’ secara kekal.

Kementerian turut mempunyai pelbagai perancangan lain lagi antaranya membuka peluang perniagaan kepada anak muda dan penumpuan pembangunan semula ekonomi rakyat meliputi aspek perumahan, perbandaran serta sukan.

Semoga usaha Annuar terus menjadi inspirasi kepada semua pihak agar mengambil serius dalam isu gelandangan- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas