Berita

Annuar menangis lihat rumah paling daif di Kuala Lumpur

||
- Diterbit 25 Februari 2021 12:36 AM MYT

SAYA tidak pernah tengok ada orang duduk dalam rumah macam ini di tengah bandar,”

Itulah reaksi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa kepada pemberita selepas meninjau keadaan rumah yang diduduki Uncle Leong yang daif dan tidak sempurna di Salak Selatan petang tadi.

Beliau yang mendapat maklumat daripada Kuan Che Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kuan serta seorang wartawan yang mengirimkan poster berkenaan rumah lelaki tersebut.

“Saya terkejut bila tengok ada keadaan rumah macam ini dan sebab itu saya datang nak tengok secara dekat, saya nak bercakap sendiri dan beliau tidak sesuai duduk disini,” katanya sambil menahan sebak.

Menurut Annuar, beliau akan mengambil tindakan segera dengan menempatkan lelaki tersebut di rumah Uncle Kuan sementara urusan penempatan lelaki tersebut di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) selesai.

“Beliau harus terus pindah dan duduk di PPR, saya akan bagitahu nanti PPR tu macam mana tetapi beliau harus duduk terus disitu bukan sementara sebaliknya kekal disitu.

“Saya juga akan lihat cara untuk membantu dia untuk memiliki PPR kerana yang penting keadaan di situ tidak selamat dan tidak sesuai diduduki,”katanya.

Tambah Annuar lagi, beliau dan Uncle Kuan akan bantu lelaki itu untuk memulakan kehidupan baharu.– AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas