Berita

Annuar dukacita layanan terhadap gelandangan

TAN Sri Annuar Musa mengingatkan sesetengah pihak agar menyantuni golongan gelandangan atau dikenali sebagai Hijrah Warrior dengan penuh hormat.
- Diterbit 30 Julai 2021 7:00 AM MYT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa menzahirkan perasaan dukacita melihat tindakan sesetengah pihak yang tidak profesional ketika melayani golongan gelandangan.

Dalam ciapannya, beliau mengingatkan kepada sesetengah pihak agar menyantuni golongan gelandangan atau dikenali sebagai Hijrah Warrior dengan penuh hormat.

“Jika nak menyantuni Hijrah Warriors, biarlah profesional dan benar-benar berkelayakan. Treat them with respect please (tolong layan mereka dengan hormat).

“Saya dukacita melihat sikap sesetegah dari kita,” ciapnya hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial seorang usahawan memperlekeh seorang gelandangan warga emas ketika memberikan motivasi di Anjung Singgah baru-baru ini.

Tindakan tersebut mendapat kecaman daripada orang ramai dan menyifatkan sebagai tindakan biadab dan kurang ajar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas