Berita

Anggota PGA maut ditembak – Ketua Polis Negara

- Diterbit 24 November 2020 3:20 AM MYT

SEORANG anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat,” katanya ringkas kepada Bernama.

Dalam pada itu, Bernama difahamkan satu sidang media akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas