Berita

ANDI,AINA,HAEL,NAIM… Antara Penyanyi Yang Jalani Swab Test

AINA Abdul dan Andi Bernadee antara artis yang menjalani swab test
- Diterbit 22 November 2020 11:41 PM MYT

SEMUA Artis, pihak pengurusan, krew-krew dan semua yang terlibat dalam Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35) telah menjalani ujian saringan swab test semalam di MSU, Shah Alam, Selangor.

Buat masa ini, atas faktor keselamatan, mereka terpaksa berehat daripada bekerja kerana sedang menjalani kuarantin selama 14 hari. 

Kebanyakan mereka memuatnaik gambar atau video di media sosial sebagai bukti telah menjalani swab test agar tidak dipertikaikan oleh wargamaya.

Antara penyanyi yang terlibat dalam swab test ini ialah Andi Bernadee, Aina Abdul, Hael Husaini, Naim Daniel dan ramai lagi.

HAEL Husaini

“Alhamdulillah, settle swab test. Semoga Kita semua sentiasa bawah lindungan Allah SWT. Stay safe semua,” ujar Aina Abdul yang popular menerusi lagu Semalam. 

“Semoga semua dipermudahkan. Doa yang baik-baik and stay safe,” kata Hael Husaini yang tercalon dalam SFMM35 menerusi lagu Hati.

Andi Bernadee yang tidak sempat bertanding menerusi lagu Hello duet bersama Ismail Izzani berharap semuanya mendoakan kesejahteraan buat semua. 

“Doakan yang baik-baik,” katanya.

NAIM Daniel

Manakala Naim Daniel mengakui ini adalah kali kedua dia menjalani swab test.

“Setelah mendapat perkhabaran tentang my brother Alif Satar, saya bergegas ke MSU Hospital untuk melakukan swab test ke atas diri saya sendiri dan Insya Allah keputusan akan diberikan dalam tempoh 24 jam.

“Ini merupakan kali kedua saya melakukan swab test (yang pertama pada 23 Oktober 2020), atas urusan kerja.

“Sama-sama kita mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja insyaallah,” ujarnya yang bertanding menerusi lagu Sembah dan Adakah Kau Menungguku.

Semalam, salah seorang penyanyi yang terlibat dalam SFMM35 pada Jumaat lalu, Alif Satar disahkan positif COVID-19.

Sama-sama kita doakan agar Alif cepat-cepat sembuh dan semua artis berada dalam keadaan sihat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas