Berita

Andi Bernadee disihir, “dia masih menerima rawatan ustaz” – pengurus

|NASIR Deraman (Kiri) berharap semua pihak doakan Andi Bernadee diberikan kesembuhan dan kekuatan.
- Diterbit 17 Februari 2021 10:00 PM MYT

PENYANYI Andi Bernadee yang didakwa telah menjadi mangsa sihir seorang wanita kini  sedang menjalani beberapa rawatan daripada seorang ustaz. 

Menurut pengurusnya Nasir Deraman, keadaan Andi belum pulih dan berharap semua pihak doakan yang terbaik buat artis jagaannya itu.

“Andi masih menerima rawatan daripada Seorang ustaz. Yang mana setakat ini, selepas saya jumpa dia so far dia okey. Tak sama macam semalam (sebelum ini) dia lain sikit, dia bukan Andi Bernadee yang saya kenal .

“Sekarang dah okay sikit tapi kena buat rawatan susulan. Mengikut kata ustaz, ada lagi beberapa rawatan yang dia perlu lalui. 

“Apa yang kena pada dia tu, mungkin ramai yang tertanya-tanya, so far dia cakap mengarut, dia bukan Andi Bernadee yang kita kenal.

“Minta semua doakan agar Andi cepat sembuh dan diberikan kekuatan untuk kembali bekerja seperi biasa,” jelasnya yang turut memohon maaf kepada rakan-rakan media yang mahu menemubual Andi. 

NASIR Deraman (Kiri) berharap semua pihak doakan Andi Bernadee diberikan kesembuhan dan kekuatan.

“Kepada rakan media, saya minta maaf, buat Masa ini Andi tidak sesuai ditemubual kerana dia masih tengiang-ngiang laa.

“Bila saya tanya macam mana boleh terlepas satu interview, dia tanya saya balik, masa bila dia diinterview.

“Harapya dia dapat recover dengan cepat. Insya Allah sama-sama kita doakan Andi Bernadee kembali seperti biasa,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile,30, mendedahkan dirinya disihir seorang wanita sehingga kehidupan hariannya terganggu dengan pelbagai perkara pelik

Andi juga berkongsi video dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur yang ditarik daripada bahagian tekaknya.

Selain itu, katak kering juga ditemui atas bumbung kediaman pelakon Melastik Ke Hatimu itu.

Semoga Andi diberikan kesembuhan dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas

BERITA SEMASA