Selebriti

Anak Rody Kristal pula positif COVID-19

|RODY bersama isteri dan anak-anak mereka.
- Diterbit 10 Jun 2021 6:36 AM MYT

SELEPAS pemain gitar Kristal, Rody Dan isterinya, Niena Azman positif COVID-19, kini anak mereka pula, Barie Habibullah, 1, disahkan positif jangkitan berkenaan semalam.

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin berharap orang ramai mendoakan kesihatan anak bongsunya.

“Doakan anak saya, Barie sembuh ya. Please Tolonglah duduk rumah. Korang jangan keluar selagi tidak ada benda penting okay.

“Ingat anak. Ingat ibu bapa kita,” luah Rody menerusi instagram miliknya.

Ketika dihubungi, Rody juga berasa bimbang apabila Barie mempunyai masalah pada paru-paru.

“Malam Kelmarin, Barie demam panas dan muntah-muntah, kemudian mak saya Barie ke Hospital Kajang. Kemudian doktos sahkan Barie positif COVID-19.

“Apa yang membuatkan saya lebih risau apabila Barie ada masalah pada paru-paru ya. Doakan Barie ya!” ujarnya lagi.

Rody dikuarantin di rumah ibunya di Balakong, Selangor. Manakala isteri dan anaknya Barie pula dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sebelum ini Rody disahkan positif COVID-19 pada 5 jun lalu dan isteri pula disahkan positif tiga hari selepas Itu.
Rody mengumumkan dirinya dijangkiti COVID-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang positif virus itu terlebih dahulu.

RODY bersama isteri dan anak-anak mereka.

Rody dan Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan mendirikan rumah tangga pada 27 April 2018. Pasangan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah, 1. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas