“Anak Palestin anak kita juga” – Ifa Raziah
IFA RAZIAH (tengah) mengibarkan bendera Palestin di Pulau Pinang baru-baru ini.

“Anak Palestin anak kita juga” – Ifa Raziah

SELEBRITI popular Ifa Raziah menzahirkan perjuangan menentang Palestin menerusi penganjuran Himpunan Kemanusiaan Palestin yang berlangsung sempena Karnival StarVendors Penang Foodstival di Juru Auto City, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurutnya, jika melihat kepada kesengsaraan rakyat Palestin maka kita yang hidup dalam negara yang aman dan makmur ini harus sentiasa mensyukuri kehidupan.

“Kita perlu sentiasa mengingati nasib rakyat Palestin dan bebas melaungkan kebebasan dengan cara masing-masing. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara seagama.

“Apatah lagi angka kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Saya tak boleh bayangkan mereka dibunuh dengan kejam di tanah milik mereka sendiri.

“Ingat! Anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita, anak India anak kita dan anak Palestin anak kita juga,” katanya penuh bersemangat.

Terdahulu, pelbagai pengisian menarik diadakan sepanjang solidariti tersebut antaranya sesi tazkirah bersama Ustaz Wadi Anuar. Ia turut menghimpunkan lebih 45 selebriti yang bersemangat melaungkan kebebasan Palestin.

“Penglibatan selebriti tersebut sekali gus menaikkan lagi semangat masyarakat untuk menentang kezaliman ini. Selain itu, artis Mila Jirin turut menyalurkan semua kutipan jualan kepada Tabung Palestin,” ujarnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors.

Antara selebriti yang terlibat The Melvins, Kiah Propa, Zarina Zainuddin, Ayu Damit, Risteena, Nadia Brian, Salina Saibi, Noraniza Idris, Faezah Elai, Kelly Azman dan ramai lagi. – WILAYAHKU

Share This