Berita

Anak dan bekas isteri Fizo Omar positif COVID-19

FIZO bersama Maryam. Semoga Maryam dan ibunya sembuh dari COVID-19
- Diterbit 5 Januari 2021 5:33 AM MYT

PELAKON terkenal Fizo Omar meluahkan rasa terima kasih kepada barisan hadapan kerana melakukan yang terbaik buat anaknya Wan Maryam dan bekas isterinya Mawar yang disahkan positif COVID-19.

“Assalamualaikum semua. Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positif Covid-19 sejak 1 Jan 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Syukur Alhamdulillah keadaan mereka stabil.Saya telah pun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua front liners yang terlibat bertungkus lumus untuk “berperang” dengan COVID+19 demi menjaga keselamatan kita semua,” tulisnya dia instagram miliknya.

MARYAM dan ibunya Mawar kini dirawat di hospital. Semoga cepat-cepat sembuh ya

Fizo juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah tentang penjagaan  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri ataupun keluarga anda.

“Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yg menghadapi cabaran COVID-19 ini,” ujarnya lagi.

Semoga Wan Maryam dan Mawar diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas