Selebriti

Anak Azmi Saat meninggal dunia

- Diterbit 30 September 2021 7:09 AM MYT

BARU sahaja beberapa hari dilahirkan, anak kepada penyanyi Azmi Saat iaitu Khairul Afnan telah disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Menerusi Insta Story miliknya, Azmi meluahkan rasa sedih namun redha dengan ketentuan ini.

“Allah lebih menyayanginya… Afnan tunggu kami di syurga ya…”

Pada pagi tadi, Azmi memaklumkan bahawa anaknya itu berada dalam keadaan tidak sihat dah memohon doa semua agar anaknya kembali pulih.

Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas