Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah – MetMalaysia

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah – MetMalaysia

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 7 malam ini, daerah yang terbabit di Johor ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, daerah yang terbabit ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran and Sandakan) dan Kudat (Pitas and Kudat).

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak dan Muar); Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak manakala di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Sandakan (Tongod). – BERNAMA

Share This