Amaran cuaca buruk di pedalaman dan Pantai Barat Sabah serta Labuan

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan Pantai Barat Sabah serta Labuan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan malam ini turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga esok.

Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta  Limbang manakala di Sabah pula adalah pedalaman (Tenom, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupit, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Kenyataan itu menyatakan dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah.

“Angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dalam tempoh itu.

Juga angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter boleh berlaku di perairan Sabah Timur. Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS