Berita

Aliran trafik lebuh raya utama perlahan malam ini

- Diterbit 20 November 2022 3:40 PM MYT

ALIRAN trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 10 malam ini, terutama yang menuju ke Lembah Klang.

Ini dipercayai berikutan orang ramai pulang ke destinasi masing-masing selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik perlahan sepanjang 12 kilometer dari Genting Sempah menghala Plaza Tol Gombak dan Lanchang ke Bukit Tinggi.

Aliran trafik perlahan turut dilaporkan di Simpang Ampat menghala Port Dickson, susur masuk  kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan susur keluar Nilai.

Bagi laluan utara ke selatan, aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Pendang menghala Sungai Petani, Permatang Pauh ke Perai, R&R Sungai Perak ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai, Gua Tempurung ke Sungkai dan Tanjung Malim ke Rawang

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llmtrafik– BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas