Berita

AlhamdulilLah! 3 kes Coronavirus pulih di Malaysia – Dr. Dzulkefly Ahmad

|
- Diterbit 10 Februari 2020 2:03 AM MYT

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah. Tiga kes Novel Coronavirus (2019-nCoV) pulih sepenuhnya,” kata Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurut Menteri Kesihatan itu, sehingga semalam (9 Februari), tiga kes 2019-nCoV yang menerima rawatan di negara ini, pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Perkara itu disuarakan beliau menerusi laman Facebook rasminya selepas mendapati ketiga-tiga kes berkenaan melibatkan pesakit yang sebelum ini diberi rawatan dan pemerhatian susulan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pesakit-pesakit terbabit dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi Kedah; Hospital Permai; Johor Bahru dan Hospital Kuala Lumpur.

“Setakat ini terdapat dua pesakit (Kes 1 dan Kes 5) di Hospital Sungai Buloh, Selangor yang didapati negatif virus 2019-nCoV melalui pengesahan ujian sampel klinikal dua kali berturut-turut.

“Manakala dua lagi (Kes 2 dan Kes 3), iaitu anak-anak kepada Kes 5, sedang menunggu keputusan ujian sampel klinikal yang kedua selepas keputusan ujian yang pertama adalah negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Dzulkefly mengucapkan tahniah kepada semua staff KKM yang memberikan perkhidmatan rawatan terbaik dalam usaha memulihkan keadaan kesihatan pesakit yang dikesan positif susulan penularan virus ini di seluruh negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas