Selebriti

Alami muntah-muntah, menggigil selepas divaksin… “ Itu hanya sementara”– Ayu Damit

kesan sampingan selepas divaksin adalah perkara biasa. Suaminya
- Diterbit 7 Jun 2021 11:10 PM MYT

PENYANYI Ayu Damit,32, mengaku mengalami kesan sampingan setelah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca pada 6 Jun baru-baru ini di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ayu yang menerima vaksin tersebut bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, mengalami muntah-muntah dan badannya menggigil kesejukan selepas beberapa jam menerima vaksin.

“Saya dan suami menerima vaksin dalam pukul 11 pagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

“Selepas vaksin saya tak rasa apa-apa. Cuma bila dah lewat petang, tiba-tiba badan saya menggigil kesejukan.

“Kemudian, pada malamnya saya demam, muntah-muntah dan degupan jantung jadi laju. Migrain saya pun datang balik sebab badan rasa panas pula.

“Jadi saya telan ubat panadol bagi meredakan rasa sakit itu. Saya ingat mahu ke klinik, tapi keesokannya sakit Itu sudah berkurangan,” jelas Ayu yang menganggap kesan sampingan itu perkara biasa dan telah dimaklumkan awal mengenainya.

BAGI Ayu, kesan sampingan selepas divaksin adalah perkara biasa. Suaminya, Syed Fauzi tidak menerima apa-apa kesan selepas menerima suntikan vaksin.

Manakala suami Ayu pula tidak mengalami apa-apa kesan sampingan selepas divaksin.

“Bagi saya, setiap orang mempunyai reaksi badan yang berbeza-beza setelah divaksin. Sebab suami saya okay saja dan tidak mengalami apa-apa kesan setelah divaksin.

“Sebelum menerima vaksin, saya ada juga terbaca macam-macam kesan yang diterima oleh penerima vaksin. Namun, semuanya bergantung kepada tubuh masing-masing dan itu hanya sementara. Tidak lama.

“Kepada masyarakat yang belum menerima vaksin, tunggulah waktunya akan tiba. Jalankanlah tanggungjawab kita dalam usaha menerangi COVID-19.

“Rajin-rajinlah buka aplikasi MySejahtera kerana disitulah semua perkara tentang vaksinasi akan diumumkan,” ujar pelantun lagu Permata ini lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas