Berita

Alamanda lancar 14 hari kempen sempena Merdeka, Hari Malaysia

- Diterbit 24 Ogos 2020 4:00 AM MYT

BERSEMPENA sambutan Hari Merdeka ke-63 dan Hari Malaysia pada tahun ini, Alamanda Putrajaya akan menganjurkan kempen Merdeka dari 24 Ogos hingga 16 September 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, kempen selama 24 hari itu termasuk menyemarakkan Program VIKids melalui pertandingan melukis menggunakan krayon dan pensel warna.

Justeru, ujarnya, ahli VIKids dijemput untuk menghantar karya seni dan ia akan dinilai berdasarkan undian dari pembeli Alamanda sendiri.

“Sempena kempen Merdeka yang akan dijalankan juga, Alamanda akan mengumpul dana untuk membeli makanan serta minuman ringan khusus kepada kakitangan Hospital Putrajaya,” katanya.

Mengulas lanjut, ujar Andrew, aktiviti lain yang akan diadakan sepanjang tempoh kempen adalah hiasan bertema Merdeka di Alamanda, penebusan t-shirt eksklusif Merdeka Alamanda,  menggalakkan pembelian melalui ‘2 pronged strategy’ dan kempen kesetiaan Alamanda.

“Program ini bertujuan untuk membangkitkan sentimen patriotisme yang mana ‘tema’ Merdeka akan dipaparkan di Alamanda bagi memudahkan pengunjung merakam gambar.

“Manakala pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum pula, Alamanda akan memainkan lagulagu patriotik Malaysia di samping mempromosikan penebusan t-shirt eksklusif Merdeka Alamanda, pengundian pertandingan seni VIKids dan sumbangan RM10 untuk ‘Tribute Fund’.

“Nasi lemak percuma akan diberikan pada 31 Ogos (Hari Merdeka) dan 16 September (Hari Malaysia) untuk pembeli yang memakai koleksi t-shirt Alamanda Shopping Center Merdeka,” jelasnya.

Bagi penebusan t-shirt eksklusif, ujar Andrew, pengunjung perlu berbelanja minimum RM500 dalam maksimum tiga resit di mana-mana kedai terpilih di Alamanda dan pengunjung juga diminta untuk mengundi hasil seni terbaik dalam pertandingan VIKids.

Katanya, pembeli yang memilih juga boleh menandatangani nama serta membuat ucapan ringkas dalam kad ucapan ‘Terima Kasih’ berukuran A2 untuk dihantar ke Hospital Putrajaya bersama
makanan dan minuman ringan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas