Biz

Aktif bersukan dengan La Sports

- Diterbit 12 Disember 2019 4:37 AM MYT

La Sports direka dengan sifat dwi-fungsi iaitu sebagai inner dan tudung. Tampil unik, ia turut memberi keselesaan dan keyakinan kepada wanita untuk melakukan aktiviti sukan dan riadah kegemaran.

Para wanita juga pasti lebih yakin untuk melakukan aktiviti lasak. Kualiti kain yang dipilih memberi rasa sejuk kerana ia direka khas untuk membantu perlindungan pada bahagian kepala dan rambut selain mengelakkan rasa pening, panas, berpeluh dan menlancarkan pendengaran.

Kepantasan sangat penting bagi ahli sukan, maka La Sports sangat ringan dan sesuai digunakan. Material yang digunakan adalah fabrik berkualiti tinggi yang menggunakan teknologi Micro-Vent. Ia boleh meningkatkan tahap serapan kelembapan yang lebih lancar, sejuk dan selesa dan membasmi peluh.

Reka bentuk yang menepati cita rasa wanita juga tampil dengan anti renyuk dan pelindung UV +SPF40 selain menurunkan suhu kepanasan kulit kepala.

Ia juga boleh dipelbagaiguna dan patuh syariah. Produk La Sports ini sesuai untuk wanita yang mahu kekal cantik ketika bersukan.

La Sports juga menjadikan wanita dapat bersiap dengan pantas terutama di waktu kecemasan.

La Sports inner dan tudung dikeluarkan dengan empat saiz (S hingga XL) dan enam warna (putih, magenta, arang, biru gelap, hitam dan perak).

Untuk keterangan lanjut atau menempah, boleh hubungi 012-9989769 atau layari www.lasports.my, Facebook: lasports_malaysia.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas