Atlet Wilayah

Aksi pertama di Romania, peluang Aisyah Farhanah baiki silap

AISYAH ketika sesi latihan.
- Diterbit 13 Februari 2021 7:40 AM MYT

PELUANG beraksi di Kejo hanan Remaja Dunia di Romania dua tahun lalu menjadi detik bermakna bagi atlet kanu Wilayah Persekutuan, Aisyah Farhanah Azwan, 21.

Biarpun hanya berjaya menamatkan aksi separuh akh ir di kejohanan tersebut, namun atlet kelahiran Kuala Lumpur ini tidak kecewa bahkan menganggap ia pengalaman yang amat berharga.

“Itu merupakan aksi pertama saya di luar negara. Dari situ saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada terutamanya dari segi latihan kerana sukan kanu memerlukan latihan intensif.

“Sepanjang di sana, saya lihat atlet luar negara amat pantas dari segi catatan masa. Kesempatan yang ada saya gunakan untuk bertukar pandangan dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman bersama mereka,” ujarnya kepada Wilayahku.

Berkongsi buah fikiran, menurut Aisyah, atlet kanu di negara ini perlu diberi peluang dan pendedahan untuk menjalani latihan di luar negara.

“Di Malaysia, sukan ini masih asing tetapi di luar kanu merupakan antara sukan popular yang mana prestasi atlet mereka cukup hebat,” ujarnya yang mencatat masa 4:30 saat pada kejohanan tersebut.

Bercerita lanjut tentang sukan yang diminatinya ini, anak bongsu daripada enam orang adik­beradik ini berkata, minat tersebut ha dir apabila sering mengikuti abang, Amirul Azfa dan kakaknya, Aimi Ayuni berlatih kanu polo.

“Mereka juga atlet kanu dan sering mengikuti pelbagai kejohanan di luar negara. Dari situlah minat saya bercambah sehingga ke hari ini,” ujarnya yang bergiat aktif dalam sukan hampir tujuh tahun lalu.

Ditanya kelebihan sukan ini, atlet yang bakal menyambung pengajian dalam bidang Sains Sukan ini mengakui dia berasa tenang setiap kali berkayak.

“Ini merupakan antara cara saya mententeramkan jiwa. Ketenangan muncul setiap kali saya berkayak. Itu yang membuatkan saya sayang untuk meninggalkan dunia kanu ini,” katanya lagi

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas