Fokus

Akaun Instagram biadab… “buat cari dosa je kan, sila ambil tindakan” – Tunku Azizah

|INI posting biadab oleh instagram @bukan_bangjago. Semoga individu yang tidak bertanggunggjawab ini menerima hukuman yang setimpal.
- Diterbit 31 Disember 2020 10:20 AM MYT

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan rasa kesal dengan sebuah akaun instagram iaitu @bukan_bangjago yang biadab dan tidak sensitif.

Akaun Instagram itu cuba membuat provokasi yang menghina institusi diraja negara apabila memuatnaik beberapa posting memaparkan suntingan wajah Yang di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Tunku Azizah menerusi instagrammya @airtangan_tunkuazizah berkongsi semula posting yang dimuatnaik oleh akaun instagram yang biadab itu. 

“Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Saya tunjuk posting ini kepada suami dan kata padanya, dia kelihatan comel dan seksi,” tulisnya dengan nada bergurau.

Tunku Azizah juga menganggap perbuatan ini hanyalah dosa dan hanya kepada Allah baginda berserah.

“Gara-gara orang tak ada kerja, buat cari dosa je kan! Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan,” tulisnya lagi.

INI posting biadab oleh instagram @bukan_bangjago. Semoga individu yang tidak bertanggunggjawab ini menerima hukuman yang setimpal.

Rata-rata warganet marah dan berharap individu yang tidak bertanggunggjawab itu menerima balasan atau hukuman yang setimpal.

Mereka juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera. 

Gunalah media sosial untuk kebaikan, bukannya menyalahgunakan. Akhirnya yang tidak bertanggunggjawab pasti akan dihukum. – WILAYAHKU

Foto: instagram @airtangan_tunkuazizah

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas