AirAsia perkenal laluan KL-Ahmedabad

AirAsia perkenal laluan KL-Ahmedabad

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengumumkan laluan baharu menghubungkan Kuala Lumpur ke Ahmedabad, India akan bermula pada 29 April ini.

Menerusi satu kenyataan baru-baru ini, AirAsia berkata, pengenalan laluan baharu itu adalah susulan pengumuman India pada tahun lepas berkenaan pengurangan fi visa pelancong elektronik daripada AS$100 (e-visa pelancong kemasukan berbilang kali setahun) kepada AS$10 (e-visa pelancong 30 hari April hingga Jun; AS$5 Julai hingga Mac) bagi warga Malaysia yang layak.

AirAsia berkata, la­luan baharu itu akan menyemarakkan lagi pasaran yang rancak bagi 62 juta penduduk di Gujarat, India Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, syarikat penerbangan itu turut mencatat beberapa jualan tertinggi di semua destinasi penerbangannya ke India termasuk laluan baharu diperkenalkan.

“India merupakan destinasi yang mesti dilawati bagi kebanyakan pelancong.

“Kami yakin kem­pen promosi terkini dan rangkaian penerbangan yang diperluas akan meningkatkan pelancong ke India dan menarik le­bih ramai pelancong India melawat Malaysia,’’ katanya.

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )