Berita

Air Tangan Bonda

SENTUHAN Datin Seri Shamsiah Md Yassin bersama Chef Hasna.
- Diterbit 26 November 2021 6:00 AM MYT

SEBUT sahaja majlis perkahwinan, pasti anda teruja membayangkan hidangan makanan kenduri yang sungguh menyelerakan. Kata orang, juadah yang enak dengan keindahan gubahan unik majlis akan menyerikan lagi suasana indah pada hari istimewa.

Akhbar Wilayahku edisi kali ini, kami kongsikan kembali sentuhan air tangan bonda, Datin Seri Shamsiah bersama Chef Hasna buat semua pembaca yang merinduinya. Selamat mencuba!

NASI MINYAK BUNGA TELANG 

Bahan-Bahan : 
Beras basmathi
Bawang merah dihiris
Bunga telang
Buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Susu cair
Air
Garam
Serbuk perasa
Minyak sapi

Cara Penyediaan :
1. Rendam beras basmathi selama lebih kurang satu jam.
2. Panaskan minyak sapi ke dalam periuk.
3. Tumiskan bawang merah,kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
4. Rendam bunga telang berasingan hingga keluar warnanya.
5. Masukkan susu cair dan pewarna bunga telang. kacau sehingga sebati.
6. Kemudian, masukkan beras basmathi yang telah direndam, garam dan serbuk perasa secukupnya.
7. Biarkan beras sehingga kering.
8. Seterusnya, masukkan semua bahan tumisan ke dalam periuk berisi beras. Masak nasi seperti biasa.
9. Nasi minyak sedia untuk dihidang. Hiaskan bersama bawang goreng, kismis dan gajus.

 

DAGING UNGKEP 

Bahan-Bahan :
Daging 1/2 kilo
2 sudib ketumbar biji *
1 senduk jintan halus *
1 senduk jintan kasar *
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
5-7 biji cili api *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
4 ulas bawang merah atau 1/2 biji bawang besar *
1/2 inci lengkuas*
1 senduk gula
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1. Rendam terlebih dahulu ketumbar biji, jintan halus dan kasar
2. Kisar semua bahan bertanda * hingga halus.
3. Kemudian, perapkan separuh bahan yang telah dikisar dengan daging selama 20 minit. Campurkan sedikit rencah.
4. Seterusnya, panaskan sesenduk minyak dan tumiskan bahan kisar yang selebihnya.
5. Biarkan hingga garing dan berbau wangi. kemudian, masukkan daging yang telah dilembutkan tadi.
6. Masukkan sedikit air dan perlahankan api.
7. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga empuk.
6. Akhir sekali, apabila sudah kering, tutupkan api dan daging ungkep siap untuk dihidang. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas