Aidilfitri 2020, kenangan yang tidak dilupakan
AZLAN (dua kanan) bersama duta-duta Jakel yang terdiri daripada (dari kiri) Syuk Sahar, Datuk Aaron Aziz dan Nabil Ahmad (kanan).

Aidilfitri 2020, kenangan yang tidak dilupakan

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diwartakan kerajaan bukan bererti sambutan Hari Raya Aidilfitri dihentikan atau perlu dalam suasana yang suram.

Ini kerana, sambutan itu masih boleh diraikan dengan kreativiti masing-masing kerana tahun 2020 ini wajar diabadikan sebagai kenangan terindah khususnya generasi Y yang mempunyai pelbagai imaginasi semasa kecilnya berikutan tahun millenium ini bermula dengan #dudukrumah akibat penularan wabak Covid-19.

Malah, mengenakan baju raya lama atau membiarkan rumah tanpa hiasan adalah tidak wajar.

Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan minggu hadapan (24 Mei) sepatutnya memiliki aura dan tema yang tersendiri supaya ia dapat diceritakan semula kepada generasi masa hadapan. 2020 mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Justeru, orang ramai jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Jakel yang merupakan gedung tekstil terkemuka negara untuk mendapatkan pakaian Hari Raya Aidilfitri berikutan sepanjang tempoh 10 hari terakhir Ramadan ini, pelanggan yang hadir boleh menikmati diskaun tambahan sehingga 15 peratus.

Lebih menarik apabila Jakel turut menyediakan perkhidmatan ‘Home Furnishing’ untuk memudahkan pelanggan membuat dekorasi mengikut cita rasa tersendiri selain turut menyediakan kemudahan mengukur langsir di rumah khususnya kepada mereka yang mengutamakan keselamatan keluarga.

Bagi pelanggan yang ingin meneruskan ‘acara membeli belah’, perasaan bimbang semestinya ada, namun jangan khuatir kerana Jakel melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) di semua cawangannya.

Menurut Pengarah Pemasarannya, Azlan Abu Bakar, pihaknya amat mementingkan kesihatan dan keselesaan pelanggan, oleh itu pemeriksaan suhu badan serta penggunaan topeng mulut dan hidung diutamakan.

“Selain itu, kita juga memastikan penjarakan sosial dan penggunaan cecair pembasmi kuman kepada pelanggan yang memasuki premis dilakukan.

“Malah, Jakel Mall di sini (Jalan Munshi Abdullah) menghadkan kepada 250 orang pelanggan bagi satu tempoh masa berbanding sebelum ini yang boleh memuatkan hingga 10,000 pelanggan,” katanya dalam sidang akhbar sempena kempen Jakel Barulah Raya 2020.

Menyedari kuasa teknologi sepanjang tempoh PKP, Azlan memberitahu, Jakel juga tampil dengan platform atas talian, www.jakelstore.my khusus untuk memudahkan pelanggannya.

Ujar beliau, sepanjang pelaksanaan platform baharu itu, Jakel mencatatkan peningkatan jualan sehingga 80 peratus dan ia merupakan peningkatan luar biasa.

“Kita juga memperkenalkan sistem ejen dropship yang setakat ini mencecah 500 orang di seluruh negara dan pendaftaran masih lagi dibuka dengan harga lebih murah,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS