Berita

Agong rai gelandangan

AL-SULTAN ABDULLAH (kanan) mendengar luahan seorang gelandangan ketika bercemar duli berkunjung ke Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tun Razak pada Rabu. AL-SULTAN ABDULLAH (kanan) mendengar luahan seorang gelandangan ketika bercemar duli berkunjung ke Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tun Razak pada Rabu.
- Diterbit 13 Jun 2020 2:45 AM MYT

SABAN tahun Majlis Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diraikan dengan penuh istiadat seperti pa­luan gendang, perbarisan tentera, Majlis ­Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat kepada rakyat yang menabur ­bakti serta budi kepada negara.

Berlainan dengan sambutan pada tahun ini, ia bersesuaian dengan norma baharu saat negara masih lagi terkesan dengan penularan wabak Covid-19, ­maka sambutan itu diganti dengan majlis bersama rakyat yang julung kali diadakan.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-­Mustafa Billah Shah diiringi anak­anda baginda, Tengku Arif Bendahara ­Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah berkenan bercemar duli berkunjung ke Pusat Gelanda­ngan ­Sementara di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tun Razak bagi meraikan gelandangan yang diselamatkan baru-­baru ini.

Ketibaan baginda ­disambut oleh Menteri Wilayah Per­sekutuan, Tan Sri TPr ­Annuar Musa, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Santhara dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Seri Syed Hussein AlHabshi.

AGONG mendengar taklimat daripada kepimpinan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan ketua-ketua agensi.

Turut hadir Timbalan Ke­tua Setiausaha Sulit Kanan Ja­batan Perdana Menteri, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Norhisham Ahmad Dahlan dan Pengarah Jabatan Agama ­Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail.

Baginda kemudian berkenan menerima sembah taklimat daripada Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan (JKKKNWP) mengenai keadaan semasa dan juga operasi menyelamat gelandangan-gelandangan ini.

Turut disentuh adalah ber­kenaan dengan operasi Pusat Pengurusan Krisis (CMC) dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Wilayah Persekutuan semasa tempoh ­Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Baginda kemudian ber­kenan mengurniakan sumbangan ampun kurnia kepada 44 gelanda­ngan yang menghuni di pusat itu.

Selain itu, baginda turut ber­kenan menyerahkan sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Annuar ­dalam ucapan, berkata, JKKKNWP di bawah pimpinan­nya telah membantu gelandangan yang diselamatkan ekoran ke­rajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac ­lalu bagi mengekang pe­nularan ­wabak Covid-19.

“Sejujurnya Tuanku, patik menjangkakan hanya ada 200 hingga 300 orang yang di­sebut sebagai gelandangan. Te­tapi apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bantuan agensi penguatkuasa yang ter­libat dalam menjalankan arahan tersebut, jumlahnya meningkat kepada hampir 1,000 orang.

“Oleh yang demikian, ­rumah penginapan sementara tidak mencukupi lalu kepu­tusan ­dibuat untuk menggunakan ­dewan awam dan dewan komuniti di bawah seliaan DBKL sebanyak tujuh buah unuk menempatkan semua gelandangan yang telah diselamatkan,” kata­nya.

Annuar berkata, pihaknya terutama pegawai dan jabatan yang terlibat dapat mengenali dan memahami gelandangan ini secara lebih dekat.

“Masalah mereka bukan ­sahaja setakat masalah makanan kerana secara lazimnya ia dihantar oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tetapi perlu dibahagikan kepada pelbagai kumpulan iaitu kurang upaya, golongan istimewa, ada yang uzur tua.

“Malah ada yang ketika di­selamatkan masih produktif tetapi secara tidak sengaja dianggap sebagai gelandangan,” katanya.

ANTARA penerima Sumbangan Ampun Kurnia daripada Agong sempena Hari Keputeraan Beliau.

Annuar memberitahu, pihak­nya telah bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta DBKL untuk membuat beberapa langkah bagi memasti­kan gelandangan yang masih produktif memulakan kehidupan baharu.

“Kami menggalakkan para ­gelandangan ini untuk bekerja dan seterusnya keluar dari alam kegelandangan hatta setelah PKP Bersyarat dan PKP Pe­mulihan dan berharap mereka tidak ­kembali.

“Untuk itu, sejumlah 200 ­gelandangan telahpun dihantar bekerja di Perak dan Sela­ngor manakala baki dalam 300 orang akan melalui proses ter­tentu dan diberikan kursus ­motivasi selama satu bulan ­se­belum ditempatkan di asrama yang kini­ sedang dibina oleh DBKL dan ­seterusnya diberikan pe­kerjaan.

“Selain itu, untuk ­gelanda­ngan­ yang terkait dengan dadah akan dibuat program pe­mulihan dan mereka akan dihantar ke Kuantan, Pahang untuk tempoh tiga bulan,” kata­nya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas