Berita

Agihan ayam manfaatkan 250 keluarga

||
- Diterbit 10 Mei 2022 9:57 AM MYT

INISIATIF dilaksanakan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Sub Zon 6 Bandar Tun Razak mengagihkan 500 ekor ayam ternyata memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitar.

Bagi Pengerusinya, Norazman Sallehuddin usaha dilaksana hasil kerjasama Koperasi Azfa Berhad itu bertujuan untuk ringankan belanja penduduk memerlukan seterusnya memberi sinar kegembiraan untuk mereka menyambut perayaan Aidilfitri.

Katanya, sebanyak 500 ekor ayam mentah diagih kepada warga penduduk dari empat kawasan penempatan iaitu Kg Malaysia, Kg Malaysia Tambahan, Pangsapuri Seri Malaysia dan PPR Seri Malaysia di dalam kategori B40.

“Sumbangan ayam ini telah memanfaatkan 250 keluarga dengan setiap penerima telah mendapat dua ekor ayam mentah sebagai persiapan untuk mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan belanja mereka untuk hari raya dan memberikan kegembiraan buat semua keluarga yang terpilih di sini,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Program dilaksana sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri itu bukan sahaja memberikan manfaat kepada penduduk yang beragama Islam sebaliknya turut meraikan penganut agama lain yang tergolong dalam kategori B40 bawah kawasan seliaan MPPWP Sub. Zon 6, Bandar Tun Razak.

Mengulas lanjut, Norazman berkata, secara purata kira-kira 70 peratus penduduk yang beragama Islam menerima sumbangan itu manakala selebihnya adalah kepada warga penduduk berbilang agama dan bangsa.

Pendekatan itu katanya akan dilaksanakan secara berkala sebagai salah satu usaha membantu warga yang memerlukan dan saya menyeru agar lebih banyak pijak akan tampil membantu warga kurang bernasib baik ini di kawasan masing-masing.

“Usaha membantu golongan sasar ini juga dilihat selari dengan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan rakyat memerlukan dan ia selaras gasasan Keluarga Malaysia iaitu membantu mereka tanpa mengambil kira latar belakang bangsa mahupun jenis fahaman politik.

“Paling penting ia seiring tuntutan Islam supaya lebih bersedekah sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan bertepatan syiar Islam dalam puasa iaitu bertujuan merasai kesusahan demi memupuk sifat bersyukur dalam diri setiap umat Islam,” ujarnya. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas