Berita

Affendi Zahari dilantik semula Pengerusi PKB

- Diterbit 3 Disember 2020 8:27 AM MYT

DATUK Affendi Zahari dilantik semula sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) berkuatkuasa 19 Oktober 2020 lalu adalah menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 18 Oktober 2020.

PKB dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau sebelum ini telah menjawat jawatan Pengerusi PKB selama tiga tahun dari 3
Ogos 2015 sehingga 15 Ogos 2018.

“Pelbagai usaha dan kejayaan sepanjang bersama PKB yang lalu akan menjadi kekuatan kepada beliau dalam menambahbaik perancangan dan pelaksanaan PKB untuk membangunkan Kampung Baru,” katanya.

Affendi yang juga pemegang Ijazah Sarjana Undang-undang LLB (Kepujian) daripada Universiti Buckingham, United Kingdom pada tahun 1988 dan memperolehi Sijil Amalan Guaman di Malaysia pada tahun 1992.

“Pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau akan membantu dan menjayakan kecemerlangan PKB dan pembangunan Kampung Baru.

“Seluruh warga kerja PKB menyambut baik dengan pelantikan ini dan semoga beliau dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara,” katanya. – OLEH AZLAN ZAMBRY – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas