
SEMOGA Aepul kembali sembuh seperti biasa
Aepul Drama Band positif COVID-19, sudah kuarantin awal
SEBELUM ini sudah beberapa selebriti disahkan positif COVID-19.
Terkini,vokalis Drama Band, Aepul Roza disahkan positif pandemik COVID-19 selepas menjalani ujian calitan kedua, kelmarin.
“Saya sudah mula menjalani kuarantin di rumah sejak beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih,” tulisnya dalam satu entri Instagram (IG).
Bagaimanapun, isterinya, Leez Rosli yang turut menjalani ujian calitan disahkan negatif.
Difahamkan Aepul mengambil langkah kuarantin dengan mengasingkan diri dalam bilik studio.
Semoga Aeoul kembllali sihat seperti biasa dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU
TAGS #aepuldramaband