Berita

Adik-beradik kembar terima anugerah

ANDIKA Rees Pahamin (kiri) bersama Kasih Iris Leona bergambar bersama Anugerah Pengakap Diraja.
ANDIKA Rees Pahamin (kiri) bersama Kasih Iris Leona bergambar bersama Anugerah Pengakap Diraja.
- Diterbit 18 Julai 2019 4:36 PM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]
Foto Nazirul Roselan

KUALA LUMPUR – Dua adik-beradik kembar yang aktif dalam Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) merupakan antara penerima Anugerah Pengakap Diraja baru-baru ini.

Bagi Andika Rees Pahamin Azhar, 17, pembabitannya dalam pengakap mendapat galakan daripada kedua-dua ibu bapa dan keluarga.

“Ibu bapa amat menggalakkan saya aktif dalam pengakap dan melalui aktiviti yang dijalankan, saya dapat belajar banyak perkara yang menarik.

“Selain itu, banyak cabaran yang terpaksa dilalui sebelum layak untuk mendapat pingat daripada pengakap dan penganugerahan hari ini merupakan yang anugerah paling tinggi pernah saya dapat sepanjang pemba­bitan dalam pengakap sejak berumur sembilan tahun,’’ katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Bagi kembarnya pula, Kasih Iris Leona Azhar, 17 , pula berkata, dia memang menggemari aktiviti lasak dan turut aktif dalam Pandu Puteri.

“Saya telah menyertai pe­ngakap sejak lima tahun yang lalu dan telah menyertai pelbagai akitivti yang dianjurkan. Saya juga aktif dalam aktiviti lasak seperti perahu layar serta kayak dan baru-baru ini telah dianugerahkan Ikon Perintis Muda daripada Jabatan Laut,’’ katanya.

Jelas Kasih Iris Leona lagi, dia turut mendapat anuge­rah Pandu Puteri Diraja kerana aktif dalam pasukan beruniform itu.

Kedua-dua kembar itu yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas bersama dengan 99 ahli pengakap menerima Anugerah Pengakap Muda yang disampaikan oleh menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad di Akademi Kenegaraan di sini baru-baru ini.

Terdahulu dalam ucapan­nya, Khalid berkata, kementeriannya akan berusaha untuk mendapatkan sebuah pejabat dan sebidang tanah untuk kemudahan kepada Persekutuan Pengakap Kuala Lumpur termasuk bagi menjalankan aktiviti perkhemahan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas