Selebriti

Adibah Noor meninggal dunia

- Diterbit 18 Jun 2022 12:41 PM MYT

PENYANYI popular yang juga peserta Gegar Vaganza musim kelapan, Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Berita duka dan mengejutkan itu disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.

“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi,” katanya memberi pengesahan yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta tersebut.

Sementara itu, penyanyi Ani Mayuni yang juga rakan baik kepada arwah memberitahu, arwah sudah lama memgidap kanser.

“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas