Selebriti

Adegan cium mulut… Hasif Upin tidak kisah halal haram?

|AKSI Hasif Upin cium mulut seorang wanita dalam video muzik Dilema buat netizen 'panas'.||HASIF dilantik sebagai duta air minuman M-150.|
- Diterbit 19 September 2022 2:42 AM MYT

JIKA sebelum ini, nama Hasif Upin lebih dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok, kini Hasif melangkah lebih jauh dalam industri seni sebagai penyanyi.

Namun timbul rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila aksi cium mulut dalam video muzik lagunya, Dilema seolah-olah sengaja mahu mencetuskan gimik.

“Dalam video muzik itu, saya bawa watak sebagai Joker. Pasti semua tahu watak Joker yang nakal.

“Jadi nak hidupkan watak Joker itu, salah satu babak yang perlu saya lakonkan adalah cium mulut model dalam video klip Dilema.

“Ramai yang bising apabila saya cium mulut dengan seorang wanita dalam video muzik itu. Nak tahu ianya real atau tak, kenalah tonton ya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagai duta air minuman M-150.

AKSI Hasif Upin cium mulut seorang wanita dalam video muzik Dilema buat netizen ‘panas’.

Dalam masa yang sama, Hasif juga tidak kisah apa sahaja andaian netizen terhadapnya.

“Kalau ada yang kata saya sengaja nak cetuskan gimik, apa yang boleh saya cakap itulah konsep yang ditampilkan dalam video muzik itu.

“Konsep itu dipersetujui bersama antara saya dengan syarikat rakaman, Armani Entertainment. Jadi, sebagai penyanyi, itu adalah sebahagian tugas yang perlu saya laksanakan.

“Saya bersedia menerima kecaman kerana saya tak boleh halang apa orang fikir pasal lagu atau video muzik saya itu.

“Tak dinafikan ada yang cakap baru mula jadi penyanyi, tetapi lebih kepada gimik. Itu terpulanglah. Saya sedar ada yang boleh terima dan ada yang tidak,” katanya yang berharap peminat sudi mendengar lagu baharunya Dilema.

Dilema mengisahkan seorang lelaki yang berada dalam dilema dengan hubungan cintanya.

HASIF dilantik sebagai duta air minuman M-150.

Sementara itu, Hasif juga bersyukur apabila dipilih sebagai duta minuman M-150

“Saya tahu ada ramai lagi selebriti yang lebih popular atau lebih layak, tetapi saya percaya ini semua soal rezeki. Alhamdulillah.. saya pun tak sangka.

“Sebagai TikToker, saya agak sibuk dengan banyak program di seluruh Malaysia. Kadang-kadang saya tak cukup tidur atau rehat. Jadi minuman M-150 ini memang memberikan tenaga kepada saya.

“Boleh dikatakan ia banyak membantu menambah tenaga dalam aktiviti seharian saya.

“Dalam masa yang sama, saya melihat satu penghormatan dan perkembangan positif buat selebriti media sosial apabila diberi peluang menjadi duta,” jelasnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas