Selebriti

“Ada cara nak jadi usahawan berjaya” – Izzue Islam

- Diterbit 5 Disember 2022 5:06 AM MYT

PELAKON dan penyanyi yang juga merupakan usahawan, Izzue Islam mengakui untuk berjaya dalam perniagaan bukan perkara yang mudah. Malah, ia perlu melalui beberapa fasa yang memerlukan proses.

“Memang nak bergelar usahawan ni tak mudah, modal pun keras. Silap hari bulan yang semangat nak mula niaga boleh jadi patah semangat pula. Bila dengar Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ada buat inisiatif untuk tolong usahawan muda ni, memang saya sokong.

“Bagi saya, Program Usahawan Muda Kota ini sangat bagus. Pihak kerajaan dah bagi platform untuk anak muda antaranya kios-kios program yang diletakkan di lokasi strategik.

“Insya-Allah, kalau rebut peluang ini dan semangat pun kuat, banyak la membuahkan untung nanti,” tulisnya di Instagram.

Izzue antara selebriti yang suka berniaga dan dia turut berharap anak muda tidak mudah berputus asa dalam perniagaan.

“Perasaan kekok dan tidak selesa mungkin ada di peringkat permulaan. Itu perkara biasa. Jangan cepat lemah. Rintangan dan dugaan itu pasti ada namun pengakhirannya pasti indah jika disusuli usaha, kesabaran yang tinggi dan doa.

“Perlu juga mempunyai ilmu keusahawanan sebelum memulakan perniagaan. Ini langkah penting dan proses pembelajaran perlu diteruskan walaupun sudah mempunyai pengalaman,” ujarnya menyeru anak muda menyertai program Usahawan Muda Kota.

Kepada yang berminat boleh layari  https://usahawanwp.kwp.gov.my   – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas