Berita

Ada Berani? ‘RichWorks’ buat lompatan dari ketinggian 13,000 kaki di udara Dubai

|
- Diterbit 6 Disember 2021 7:17 AM MYT

MEMANG gila-gila! Ahli lembaga pengurusan tertinggi RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) membuat terjunan udara dari ketinggian 13,000 kaki di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Bersempena pelancaran program Berani Bina Bisnes Berjaya 2022 (BBBB2022) pada 3 petang (waktu Malaysia), Jumaat lalu, lima pengurusan tertinggi RichWorks yang diketuai Pengerusi Eksekutif, Datuk Zafrol Rizal Mat menyahut cabaran #BeraniChallenge berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd, terjunan tersebut merupakan simbolik kepada erti ‘berani’ buat RichWorks dan semua orang di luar sana.

“Perasaan takut pasti ada, apatah lagi sebenarnya ‘gayat’ di tempat tinggi bagaimanapun saya mendepaninya. Tambahan pula mendapat tunjuk ajar daripada tenaga pengajar yang berpengalaman serta pakar dalam soal terjunan udara,” katanya ketika dihubungi.

Pasukan RichWorks pergi ke UAE bagi mengunjungi Ekspo Dubai 2020 disamping mengadakan program Inner Circle Meeting Titan Premier bersama 46 usahawan jutawan yang dibimbing secara dekat oleh Mentor Usahawan, Datuk Dr Azizan Osman.

Tambahnya, terjunan itu juga menjadi penanda supaya RichWorks lebih berani untuk tempuh 2022 yang pastinya mencabar dengan banyak lagi kejayaan.

“Terjunan ini sebenarnya sama seperti proses bina bisnes selain percaya kepada pengajar atau mentor yang akan membimbing untuk selamat sampai ke destinasi.

“Alhamdulillah, kami sudah membantu lebih 1.5 juta orang sejak 2008 dan nak bimbing lebih ramai orang lagi untuk ubah hidup mereka serta membina bisnes yang berjaya melalui kepakaran RichWorks,” ujarnya.

Layari laman web richworks.com/berani bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai BBBB2022 yang akan diadakan pada bulan Februari tahun depan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas