Selebriti

Abang Stacy meninggal dunia

- Diterbit 21 Mac 2023 2:35 AM MYT

ABANG kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi, hari ini.

Sebelum itu, Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam, dirawat di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Akibat kemalangan itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.

Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.

Berita sedih pemergian Chaq dikongsikan adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.

Sekadar info, Chaq pernah menjadi peserta program Mentor musim ketiga pada tahun 2009. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas