Berita

880 kemalangan, 1 maut di Putrajaya

PEGAWAI Penyiasat, Inspektor Mohamad Khirul Anuwar Ahamad memeriksa kenderaan yang terbalik akibat dirempuh di Lebuh Saujana di sini baru-baru ini.
PEGAWAI Penyiasat, Inspektor Mohamad Khirul Anuwar Ahamad memeriksa kenderaan yang terbalik akibat dirempuh di Lebuh Saujana di sini baru-baru ini.
- Diterbit 19 Julai 2019 12:44 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]

PUTRAJAYA – Akibat kecuaian dalam pemanduan, beberapa kemalangan maut berlaku setiap hari.

Lebih menyedihkan apabila kejadian tersebut membabitkan pengguna jalan raya lain seperti kemalangan di Lebuh Saujana di sini baru-baru ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku disebabkan pemandu kereta jenis Perodua Alza melanggar lampu isyarat merah dan memandu laju sebelum merempuh kereta Perodua Kancil.

Ekoran rempuhan itu, kereta Kancil berkenaan berpusing dan terbalik.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner, Rosly Hassan berkata, sebanyak 880 kemalangan dengan satu kematian direkodkan di daerahnya sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jelas beliau, walaupun jumlah tersebut sedikit menurun berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 915 kes dengan lima kematian, namun masalah pemanduan tetap menjadi punca utama kepada kemalangan.

“Sepanjang tahun lalu, kita me­rekodkan 1,816 kes dengan sembilan daripadanya adalah kemalangan maut.

“Berdasarkan rekod kita, ke­salahan utama kemalangan adalah pemandu tidak dapat kawal kenderaan dengan baik dan lebih membimbangkan apabila mereka menjadi punca pengguna jalan raya yang lain terlibat kemalangan,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas