Berita

84 pesakit keluar wad, dua warga emas meninggal dunia

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 30 April 2020 10:19 AM MYT

PUTRAJAYA- Sebanyak 25 daripada 57 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Niir Hisham Abdullah berkata, berikutan itu hanya 32 kes dikesan membabitkan penularan tempatan.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 6,002. Dari jumlah itu, 1,729 kes adalah aktif dan boleh berjangkit.

“Bagaimanapun, pesakit ini sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat pukul 12 tengah hari tadi, 84 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah pulih keseluruhan 4, 171.

“Ini menjadikan peratusan pesakit pulih mencecah 69.5 dari jumlah kes keseluruhan.

“Sebanyak 36 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU dan 14 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Terdapat pertambahan dua kematian menjadikan jumlah keseluruhan ialah 102 kes iaitu 1.7 peratus.

Kedua-dua mangsa adalah warga emas yang masing-masing mempunyai latar belakang sakit barah dan darah tinggi.

“Kes 101 adalah lelaki berusia 64 tahun mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif dari kluster Bali.

“Kes kematian 102 adalah lelaki 72 tahun yang disahkan meninggal dunia pukul 12.55 tengah hari tadi,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas