Berita

81 peratus penduduk gembira bersama keluarga, bekerja dari rumah

|
- Diterbit 17 Ogos 2020 8:12 AM MYT

LPPKN baru sahaja melaksanakan satu tinjauan pendapat atas talian pada 17 hingga 20 Julai 2020 bersempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2020 mengenai impak pandemik COVID-19 dan kehidupan pasca PKP terhadap kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.

Antara topik ditanya adalah Perubahan Tingkah Laku dan Gaya Hidup (Behavioral and Lifestyle Changes); Bekerja Dari Rumah (Work From Home); dan Perancang Keluarga (Family Planning). Seramai 1,175 orang responden berjaya diliputi merangkumi 621 lelaki dan 554 perempuan berumur 18 tahun ke atas.Dari jumlah keseluruhan, sebanyak 968 responden yang berstatus sedang bekerja telah mengambil bahagian dalam soalan meliputi aspek Bekerja Dari Rumah (WFH).

Kajian mendapati majoriti respondan (81%) menyatakan bahawa mereka gembira bersama keluarga apabila BDR. Namun hampir dua per tiga atau 63% daripada mereka memilih untuk bekerja di pejabat atau tempat kerja berbanding bekerja dari rumah. Manakala 1 daripada 2 orang pekerja menyatakan produktiviti mereka meningkat apabila bekerja dari rumah.

Hasil analisa juga mendapati separuh (50%) dari responden memilih untuk bekerja beberapa hari di pejabat dan beberapa hari di rumah jika mereka diberi pilihan.

Manakala, 25 peratus memilih untuk terus bekerja dari rumah dan hanya 19 peratus yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk kekal bekerja dari rumah.

Majoriti responden (52%) juga menyatakan gangguan di rumah sebagai cabaran atau kebimbangan terbesar, diikuti masalah kekal bermotivasi (35%), kekurangan ruang khas (33%), takut dengan potongan gaji (32%), menguruskan beban kerja (31%) dan takut kehilangan pekerjaan (30%). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas