Berita

7 pelajar tahfiz ditahan pukul rakan sampai cedera parah

ANTARA pelajar tahfiz yang disyaki terlibat dalam kes pukul seorang pelajar tahfiz hingga cedera di sebuah pusat tahfiz di Tanjung Karang. Foto Facebook
- Diterbit 12 Mac 2020 4:54 PM MYT

KUALA LUMPUR – Tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah maahad tahfiz di Tanjong Karang, Selangor ditahan selepas disyaki terlibat pergaduhan hingga mengakibatkan kecederaan parah terhadap rakan mereka semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu diberkas susulan laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, empat pelajar lain yang turut menyaksikan kejadian itu dipanggil bagi memberikan untuk direkodkan keterangannya.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325/147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu insiden tersebut telah dikongsi oleh abang mangsa dalam laman sosial Facebook.

Lebih sayu, menurut abang mangsa kejadian itu berlaku pada hari lahir adiknya semalam hingga menyebabkan terpaksa dirawat di Zon Merah (Sangat Kritikal). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas