Berita

559 mahasiswa daftar di Fakulti Kejuruteraan UM

UM
SEBAHAGIAN mahasiswa baharu yang mendaftar dalam jurusan kejuteraan UM baru-baru ini.
- Diterbit 13 September 2019 10:34 AM MYT

ALAM KAMPUS. Seramai 559 mahasiswa baharu jurusan kejuruteraan Universiti Malaya (UM) telah mendaftar pada 1 September lalu.

Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, Prof. Dr. Saad Mekhilef berkata, sesi akademik kali ini menyaksikan majoriti mahasiswa yang diterima adalah lelaki sebanyak 73 peratus berbanding kebiasaan sebelum ini yang mempunyai jumlah mahasiswa wanita lebih ramai iaitu sekitar 60 peratus.

Sebanyak lima program sarjana muda kejuruteraan ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan UM dengan program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik menerima jumlah pelajar teramai manakala program lain yang ditawarkan adalah kejuruteraan awam, bioperubatan, elektrik dan kimia.

“Menariknya, seramai 45 mahasiswa antarabangsa turut mendaftar untuk sesi akademik kali ini. Mereka datang dari pelbagai negara antaranya China, Indonesia, Bangladesh, Mesir, Palestin dan Syria. Ini menunjukkan tahap kualiti pembelajaran kejuruteraan di UM telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Menurut QS World University Rankings untuk 2020, UM diletakkan di tangga ke-70 keseluruhan manakala berdasarkan subjek Kejuruteraan dan Teknologi, UM berada di tangga ke-38 dunia.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas