Berita

500 penduduk, pekerja di sekitar Masjid India jalani saringan

PERSEMPADANAN penting bagi memastikan pemantauan Covid-19 dilaksanakan dengan berkesan.
- Diterbit 12 April 2020 1:19 PM MYT

KUALA LUMPUR – Ekoran peningkatan kes positif Covid-19 di lokaliti Jalan Masjid India, penghuni dan pekerja di sekitar kawasan tersebut dikumpulkan bagi membuat ujian saringan pengesanan Covid-19.

Tinjauan Wilayahku di sekitar Masjid India mendapati lebih 500 penduduk dan pekerja diarahkan menjalani ujian saringan tersebut.

Petugas barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) lengkap berpakaian Pakaian Pelindung Diri (PPE) dilihat bergerak dari pintu ke pintu untuk mengumpulkan penduduk dan pekerja di kawasan itu.

Kawasan Jalan Masjid India telah diistiharkan sebagai kawasan merah dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dikenakan ke atas Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

Setakat hari ini Selangor Mansion mencatatkan 75 kes positif Covid-19 manakala Malayan Mansion lima kes. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas