Berita

4,878 penuntut universiti bergerak pulang malam esok

ISMAIL SABRI meninjau proses pergerakan pulang penuntut Universiti Malaya pulang ke kampung malam tadi.
- Diterbit 28 April 2020 8:46 AM MYT

PUTRAJAYA – Seramai 4,878 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) akan dihantar pulang esok ke rumah masing-masing.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kumpulan ketiga ini akan melibatkan dalam kawasan atau zon sama antara satu sama lain.

Menurut beliau, ini termasuk pelajar zon utara ke zon sama iaitu seramai 653 individu, zon timur ke timur (1,165), Sabah ke Sabah (2,164), Labuan (11) dan Sarawak ke Sarawak dengan 833 pelajar.

“Sebagai makluman, malam tadi seramai 790 pelajar telah bergerak pulang dan tiba di rumah masing-masing di zon utara seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Malam ini pula, seramai 88 pelajar daripada zon utara bergerak ke zon tengah melibatkan daripada Universiti Malaysia Perlis, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Merbok,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas