Berita

413 usahawan terima bantuan RM 1.3 juta

|
- Diterbit 3 Mei 2021 2:15 AM MYT

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukan sejumlah RM1.3 juta bagi membantu seramai 413 orang usahawan di pulau itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerusi skim Musaadah Tijariyyah 2021.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan itu merupakan Program Transformasi Asnaf Jaya (PROTAJ) dalam manifestasi kesungguhan MAIWP dalam membantu asnaf dalam usaha meningkatkan taraf hidup asnaf di Wilayah Persekutuan.

Katanya, Setiap penerima tijariah ini akan menerima sebanyak RM3,000.00.

” Semoga Bantuan Usahawan Musaadah Tijariyyah ini dapat
membantu usahawan asnaf untuk meningkatkan perniagaan mereka dan keluar daripada kemiskinan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Iftar dan Sumbangan kepada Asnaf di Desa Tunas Hijau Kampung Sungai Miri, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato Sri Amir Hussein dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP Mahadi Sukarno.

Tambahnya, MAIWP juga telah memperuntukkan sumbangan
kepada muallaf sebanyak RM271,500.00 kepada 543 orang penerima.

Setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM500.00 seorang yang akan diagihkan secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Ujar beliau lagi, pihak MAIWP telah mengorak langkah awal dengan menyalurkan bantuan Ihya’ Ramadan kepada semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.

” Sebanyak RM759,000.00 telah diperuntukan kepada 16 buah masjid, 16 buah surau Jumaat dan 29 buah surau biasa melalui kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) Labuan,” jelasnya. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas