Utama

4,000 pelari meriahkan Larian Budi Wilayahku

KHALID (tengah) berlari bersama-sama peserta Larian Budi Wilayahku Half Marathon 2020 sejauh 3 kilometer di Presint 3, Putrajaya. - NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 22 Februari 2020 1:41 AM MYT

PUTRAJAYA – Kira-kira 4,000 peserta mengambil bahagian menerusi 16 kategori yang dipertandingkan dalam Larian Budi Wilayahku Half Marathon Putrajaya 2020, di Presint 3 awal pagi ini.

Larian yang bermula pukul 5.30 pagi itu merupakan anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (PAUiTM) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Penganjuran yang melibatkan empat jarak iaitu 21,10,5 dan 3 kilometer itu turut mendapat penyertaan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad dan Timbalannya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Hadir bersama Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri dan Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Azizi Ahmad Termizi.

Terdahulu, Larian Budi Wilayahku diadakan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 (SHWP 2020) sebagai usaha untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Malah, ia bertujuan menghimpunkan alumni UiTM yang ditubuhkan sejak 1956. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas