Berita

39 notis pelbagai kesalahan direkodkan DBKL

OP DBKL
PENGUATKUASA DBKL membuat pemeriksaan pada kenderaan semasa Op Bersih semalam- Foto Ihsan DBKL
- Diterbit 28 Ogos 2019 8:17 AM MYT

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 39 notis pelbagai kesalahan dalam Op BERSIH Siri 27/2019 semalam.

Operasi yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) itu fokus pada kenderaan berat yang melakukan kesalahan lalu lintas, kekotoran jalan awam, tiada permit laluan dan permit angkut bahan serta lain-lain kesalahan.

OP DBKL
LIMPAHAN simen yang sering menyebabkan jalan raya kotor dan berbonggol. Foto Ihsan DBKL

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, operasi tersebut dilaksanakan di Jalan Kuching dan Jalan Sungai Besi.

“Tindakan dilakukan di bawah kesalahan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 serta mengikut bidang kuasa yang dikuatkuasakan DBKL serta agensi sahabat.

“Operasi bersepadu ini akan diteruskan dari masa ke semasa,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas