Berita

39 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan PKPD mulai Jumaat ini

SEBANYAK 39 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 28 Julai 2021 11:27 AM MYT

SEBANYAK 39 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Jumaat ini hingga 12 Ogos.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata  daripada jumlah itu, terdapat 31 lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD.

Beliau berkata ia membabitkan 11 di Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

“Selain itu, masing-masing empat lokaliti di Sandakan dan Penampang turut dikenakan PKPD.

“PKPD di Sandakan melibatkan Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8 Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni manakala di Penampang membabitkan Pangsapuri Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2 serta Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai).

“Hanya PKPD di Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 (termasuk bangunan kedai) dilaksanakan mulai 30 Julai hingga 11 Ogos ini,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini. — BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas